Segalanya bermula pada tahun 2020 apabila Optometris Nur Shazliyana Amer Hamzah membawa satu visi, untuk menjadi rakan yang dipercayai dalam menjaga penglihatan setiap ahli keluarga. Bermula di Kuala Ketil, Leeyana Optometry terus berkembang dengan pembukaan outlet kedua di Tandop, Alor Setar, pada Julai 2023.
Perjalanan kami melangkaui penyediaan cermin mata. Daripada pemeriksaan penglihatan kanak-kanak di sekolah hingga penjagaan mata golongan dewasa di tempat kerja, kami sentiasa hadir untuk menyokong kesihatan penglihatan masyarakat pada setiap peringkat kehidupan. Melalui kerjasama dengan optometris serta pakar oftalmologi daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan sektor swasta, kami menyediakan penjagaan mata yang menyeluruh agar setiap keluarga dapat melihat dunia dengan lebih jelas.
Leeyana Optometry — Your Family Eye Care Partner.