Pemeriksaan Mata Komprehensif dan Servis Optometri Leeyana

Satu Langkah Dekat untuk Penglihatan Yang Lebih Jelas

Penjagaan Mata Komprehensif

Pemeriksaan menyeluruh ke atas bahagian hadapan (anterior) dan belakang (posterior) mata—termasuk kornea, kanta, iris, retina serta saraf optik.

Penilaian Segment Anterior

Pemeriksaan terperinci bagi mengesan keadaan seperti mata kering dan katarak.

Penilaian Segmen Posterior

Penilaian retina, saraf optik dan makula untuk mengenal pasti masalah seperti retinopati diabetes, detasmen retina atau degenerasi makula.
Optometris Leeyana Optometry membuat refraksi

Ujian Refraksi & Cadangan Cermin Mata

  • Mengukur ketajaman penglihatan dan menentukan keperluan kanta pembetulan.

  • Menyediakan preskripsi cermin mata yang disesuaikan berdasarkan pemeriksaan mata teliti demi kejelasan dan keselesaan optimum. 

Optometris Leeyana Optometry membuat pemeriksaan mata komprehensif

Sokongan & Susulan Berterusan

Pemantauan kesihatan mata secara berkala dan pelarasan preskripsi mengikut keperluan.

Perkhidmatan Tambahan

  • Pemasangan dan bekalan kanta lekap.

  • Pembersihan profesional cermin mata.

  • Pembaikan cermin mata.

  • Pemotongan kanta segera (± 30 minit; tertakluk pada ketersediaan stok).

  • Ujian dan pengurusan buta warna.

  • Diagnosis serta rawatan masalah otot mata-

Apa yang berlaku semasa pemeriksaan mata komprehensif?

Pemeriksaan mata komprehensif ialah penilaian penuh kesihatan mata dan penglihatan oleh optometris. Ia berbeza daripada ujian cermin mata biasa kerana ia memeriksa struktur di hadapan dan di belakang mata, bukan sekadar ukuran kuasa kanta.

Langkah lazim dalam pemeriksaan ini

  1. Sejarah kesihatan

    Anda ditanya tentang simptom, penggunaan skrin, ubat yang diambil, penyakit seperti kencing manis atau darah tinggi, dan sejarah penyakit mata dalam keluarga.

  2. Ukuran penglihatan dan refraksi

    Kami mengukur ketajaman penglihatan dan kuasa kanta yang anda perlukan. Selain mesin autorefraktor, refraksi turut dibuat secara manual menggunakan retinoskop.

  3. Pemeriksaan bahagian hadapan mata

    Kornea, kanta dan iris diperiksa untuk mengesan keadaan seperti mata kering dan katarak.

  4. Pemeriksaan bahagian belakang mata

    Retina, saraf optik dan makula dinilai untuk mengenal pasti masalah seperti retinopati diabetes, detasmen retina atau degenerasi makula.

  5. Keputusan dan cadangan

    Optometris menerangkan hasil pemeriksaan, menyediakan preskripsi jika perlu, dan merujuk anda untuk rawatan lanjut pada peringkat awal jika ada masalah dikesan.

Ringkasan apa yang dinilai dalam setiap pemeriksaan

Pemeriksaan Apa yang dinilai Contoh perkara yang boleh dikesan
Refraksi Kuasa kanta yang diperlukan, melalui autorefraktor dan secara manual dengan retinoskop Rabun jauh, rabun dekat, astigmatisme
Bahagian hadapan mata Kornea, kanta dan iris Mata kering, katarak
Bahagian belakang mata Retina, saraf optik dan makula Retinopati diabetes, detasmen retina, degenerasi makula
Penglihatan warna Keupayaan membezakan warna Buta warna
Otot mata Gerakan dan kerjasama kedua-dua mata Masalah otot mata

Siapa yang patut menjalaninya?

Kami amat menggalakkan mereka yang berumur 40 tahun ke atas dan mereka yang ada sejarah keluarga penyakit mata untuk menjalani pemeriksaan komprehensif. Pesakit kencing manis juga patut diperiksa secara berkala kerana retina boleh terjejas tanpa gejala awal. Banyak penyakit mata boleh membawa kepada kebutaan senyap jika tidak dipantau, jadi pengesanan awal sangat penting.

Servis khusus untuk keperluan mata yang berbeza

Selain pemeriksaan dan cermin mata, Leeyana Optometry menyediakan servis berikut.
Optometris akan menilai kesesuaian setiap servis untuk anda selepas pemeriksaan.

Kanta lekap khas

Kanta lekap yang direka untuk keperluan penglihatan yang tidak dapat dipenuhi oleh kanta biasa.

Ortho-K

Kanta lekap yang dipakai ketika tidur untuk membentuk semula permukaan kornea buat sementara waktu. Hubungi cawangan kami untuk penilaian kesesuaian.

Terapi penglihatan

Program latihan untuk membantu kedua-dua mata bekerja bersama dengan lebih selesa. Optometris menilai sama ada terapi sesuai untuk anda atau anak anda.

Penjagaan mata kanak-kanak

Kami menyertai program Amblyopia and Visual Impairment Screening (AVIS) untuk kanak-kanak prasekolah bersama optometris di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Masalah penglihatan kanak-kanak sering tidak disedari kerana mereka jarang mengadu.

Bantuan penglihatan rendah

Untuk mereka yang penglihatannya tidak dapat dibetulkan sepenuhnya dengan cermin mata biasa.

Cermin mata untuk buta warna

Ujian penglihatan warna dibuat dahulu. Optometris menerangkan apa yang boleh dan tidak boleh dibantu oleh cermin mata tersebut.

Pakar Optometris Keluarga anda

Kenapa Pilih Leeyana Optometry

Kami percaya bahawa setiap mata adalah unik. Oleh itu, kami menawarkan solusi rawatan personal yang tertumpu kepada keperluan unik anda.
kedai cermin mata murah

Pakar Optometri Berpengalaman

pemeriksaan mata komprehensif kanak-kanak

Servis Holistik Mesra Keluarga

cermin mata

Harga Mampu Milik

pemilihan spec mata

Pilihan Produk Yang Luas 

Panel dan insurans

Leeyana Optometry bekerjasama dengan panel rakan kongsi berikut: AIA, Mednefits, G-Flex, ASP dan PMCare.

Liputan, had tuntutan dan prosedur bergantung pada pelan dan majikan anda. Semak dengan pengendali panel anda, kemudian hubungi cawangan Alor Setar atau cawangan Kuala Ketil sebelum datang supaya kami dapat mengesahkan prosedur untuk pelan anda.

Panel Leeyana Optometry

Soalan Lazim

Apakah pemeriksaan mata komprehensif?

Pemeriksaan mata komprehensif ialah penilaian penuh oleh optometris yang merangkumi ukuran penglihatan, serta pemeriksaan bahagian hadapan dan belakang mata. Ia mengesan masalah kesihatan mata seperti mata kering, katarak dan penyakit retina, bukan sekadar menentukan kuasa cermin mata.

Apakah ujian mata rabun?

Ujian mata rabun ialah ujian refraksi yang mengukur sama ada anda rabun jauh, rabun dekat atau astigmatisme, dan menentukan kuasa kanta yang anda perlukan. Di Leeyana Optometry, refraksi dibuat dengan mesin autorefraktor dan juga secara manual menggunakan retinoskop. Ujian ini hanya sebahagian daripada pemeriksaan mata komprehensif, yang turut menilai kesihatan mata.

Apakah jenis-jenis masalah mata yang biasa berlaku?

Masalah mata yang paling biasa ialah rabun jauh, rabun dekat dan astigmatisme, yang boleh dibetulkan dengan cermin mata atau kanta lekap. Yang lain termasuk presbiopia (mata sukar fokus dekat apabila meningkat umur), mata kering dan katarak. Sesetengah keadaan seperti retinopati diabetes dan degenerasi makula mungkin tidak bergejala pada peringkat awal, jadi pemeriksaan berkala penting.

Apakah beza optometris dan juruoptik?

Optometris dilatih untuk memeriksa kesihatan mata dan mengesan penyakit mata, manakala juruoptik lazimnya tertumpu pada ukuran kuasa kanta dan penyediaan cermin mata. Kedua-duanya didaftarkan di bawah Akta Optik 1991.

Apakah punca astigmatisme?

Astigmatisme berlaku apabila permukaan kornea atau kanta mata tidak sekata bentuknya, jadi cahaya tidak tertumpu pada satu titik di retina. Ia sering ada sejak lahir atau diwarisi, tetapi boleh juga timbul selepas kecederaan atau pembedahan mata. Optometris mengesannya melalui ujian refraksi, dan ia boleh dibetulkan dengan cermin mata atau kanta lekap.

Bolehkah saya menggunakan panel insurans untuk pemeriksaan mata?

Leeyana Optometry bekerjasama dengan panel AIA, Mednefits, G-Flex, ASP dan PMCare. Liputan bergantung pada pelan anda, jadi semak dengan pengendali panel dan hubungi cawangan kami sebelum datang.